X
Sabtu, 28 March 2015 | 11:21am
DATUK Seri Najib Razak bersama Presiden China, Xi JinPing mengadakan mesyuarat dua hala sempena Forum Boao Untuk Asia 2015 (BFA) semalam. - Foto BERNAMA
DATUK Seri Najib Razak bersama Presiden China, Xi JinPing mengadakan mesyuarat dua hala sempena Forum Boao Untuk Asia 2015 (BFA) semalam. - Foto BERNAMA

Amal kemakmuran, pembangunan bersama bagi masa depan Asia - Najib

DATUK Seri Najib Razak bergambar bersama Presiden China, Xi JinPing dan Ketua-ketua Negara dan Kerajaan sempena Persidangan Tahunan Forum Boao bagi Asia 2015 (BFA), di sini, hari ini. - Foto BERNAMA
DATUK Seri Najib Razak bergambar bersama Presiden China, Xi JinPing dan Ketua-ketua Negara dan Kerajaan sempena Persidangan Tahunan Forum Boao bagi Asia 2015 (BFA), di sini, hari ini. - Foto BERNAMA

HAINAN, CHINA: Datuk Seri Najib Razak berkata, masa depan Asia akan bertambah baik jika semua negara mengamalkan keamanan, pembangunan dan kemakmuran bersama.

Perdana Menteri yang diberi penghormatan berucap sebaik saja perasmian Forum Boao Asia (BFA) 2015 oleh Presiden China, Xi Jinping sebentar tadi berkata, Malaysia yang juga Pengerusi ASEAN percaya kepada prinsip tolak-ansur, kesederhanaan, kelestarian dan inklusif dengan memberi tumpuan kepada rakyatnya.

"Seperti impian Presiden China, Xi Jinping - ini adalah pendekatan yang membolehkan kita mengekalkan pertumbuhan dan kemakmuran bersama.

"Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menggunakan tema 'Rakyat Kami, Masyarakat Kami, Wawasan Kami. Semua pembangunan perlu inklusif dan seorang pun tidak akan dipinggirkan atau tertinggal. Kami akan pastikan kesamarataan dalam pengukuhan dan pengagihan pembangunan ekonomi, " katanya.

Najib berucap di Pusat Persidangan Antarabangsa BFA pada jam 10.30 pagi waktu tempatan. Selain Najib, 14 pemimpin dunia lain turut berucap pada forum yang bertemakan; Masa Depan Baharu Asia: Ke arah Masyarakat Harapan Bersama.

Sebelum itu, Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari Belanda, Mark Rutte dan Kazakhstan, Karim Massimov. Beliau berlepas pulang pada jam 1 tengah hari ini (waktu tempatan).

Berita Harian X