Rabu, 8 April 2015 | 12:19pm

PRK Permatang Pauh 7 Mei, penamaan calon 25 April

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 7 Mei depan sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 25 April ini sementara pengundian awal akan diadakan pada 3 Mei ini.

Pengumuman ketiga-tiga tarikh itu dibuat Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh dan persiapan PRK itu di sini, hari ini.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh diumumkan kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan beliau.

Pada 16 Mac lalu, Lembaga Pengampunan Diraja menolak rayuan anak dan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati bersalah dan dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Persekutuan 10 Mac lalu kerana kesalahan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Sehubungan dengan itu, selaras dengan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan telah wujud kekosongan luar jangka.

Berita Harian X