Rabu, 6 Mei 2015 | 9:13am

Sultan Nazrin tiba pada istiadat pertabalan baginda

SULTAN Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan Regimen Jurutera DiRaja Markas 2 Divisyen terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota dan turut memeriksa kawalan Kehormatan di hadapan perkarangan Istana Iskandariah pagi ini. - Foto Aizuddin Saad

KUALA KANGSAR: Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berangkat tiba di perkarangan Istana Iskandariah di sini jam 9 pagi, sempena istiadat pertabalan baginda sebagai Sultan Perak ke-35 hari ini.

Sejurus tiba baginda yang diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, menerima tabik hormat anggota Kawalan Kehormatan terdiri daripada tiga pegawai dan 100 anggota Rejimen Askar Jurutera Diraja, Markas Dua Divisyen.

Berita Harian X