Rabu, 6 Mei 2015 | 11:28am
SULTAN Perak Sultan Nazrin Shah berkenan memeriksa kawalan kehormat sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV di Istana Iskandariah hari ini. - foto BERNAMA
SULTAN Perak Sultan Nazrin Shah berkenan memeriksa kawalan kehormat sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV di Istana Iskandariah hari ini. - foto BERNAMA

Istiadat tabal adat Sultan Perak penuh tradisi

KUALA KANGSAR: Istiadat Tabal Adat bagi pertabalan Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Shah berlangsung di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini, hari ini dalam suasana penuh tradisi dan adat resam Kesultanan Melayu Perak.

Istiadat Tabal Adat yang menandakan kesinambungan teraju pemerintahan Perak itu bermula dengan para jejawat yang membawa masuk masing-masing 16 lembing dan payung kerajaan mengambil tempat di kiri kanan Balairung Seri.

Paluan Nobat yang memainkan lagu 'Raja Berangkat' serentak mengiringi keberangkatan tiba Sultan Perak dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim yang masing-masing lengkap berpakaian songket kuning diraja.

Terdahulu Sultan Nazrin Shah menerima Hormat Diraja yang diiringi lagu kebesaran negeri Perak Darul Ridzuan oleh pasukan pancaragam Tentera Laut Diraja Malaysia di dataran istana pada pukul 9 pagi.

Baginda kemudian berkenan memeriksa Kawalan Kehormat pasukan Rejimen Askar Jurutera Diraja Divisyen 2 sebelum istiadat tersebut diteruskan di Balairung Seri.

Berita Harian X