Jumaat, 10 Julai 2015 | 1:33pm
Low Taek Jho
Low Taek Jho

PAC akan panggil Jho Low bantu siasatan 1MDB

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Low Taek Jho atau Jho Low bagi membantu siasatan berhubung pelaburan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata ahli perniagaan itu bakal dipanggil pada September ini atas kapasitinya sebagai Penasihat Khas Terengganu Investment Authority (TIA).

"Kedudukan Jho Low sebagai penasihat khas disahkan Jabatan Audit Negara dalam laporan awal yang dibentangkan hari ini dan semalam.

"Selepas kita dengar pelaburan yang dibuat 1MDB, termasuk PetroSaudi, kita buat keputusan untuk panggil Jho Low atas kapasitinya itu," katanya pada sidang media selepas pembentangan laporan awal 1MDB oleh Ketua Audit Negara, di Parlimen, dekat sini, sebentar tadi.

Berita Harian X