Isnin, 20 Julai 2015 | 7:38pm
KEADAAN trafik sesak menghala ke ibu kota dari Lebuhraya Pantai Timut LPT berhampiran Tol Gombak disebabkan warga kota mula pulang dari kampung sempena cuti umum Hari Raya Aidilfitri. N - Foto Zulfadhli Zulkifli.
KEADAAN trafik sesak menghala ke ibu kota dari Lebuhraya Pantai Timut LPT berhampiran Tol Gombak disebabkan warga kota mula pulang dari kampung sempena cuti umum Hari Raya Aidilfitri. N - Foto Zulfadhli Zulkifli.

Aliran trafik di beberapa lebuh raya semakin perlahan

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan semakin perlahan setakat jam 6 petang tadi.

Ini berikutan orang ramai mula pulang ke destinasi masing-masing selepas menghabiskan cuti Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS Hotline melaporkan aliran trafik dari arah utara bergerak perlahan dari Taiping ke Bukit Berapit, Kuala Kangsar menuju ke R&R Sungai Perak dan Terowong Menora ke Ipoh Utara.

"Aliran trafik juga dilaporkan bergerak perlahan dari Ipoh Selatan menuju ke Simpang Pulai, Hentian Rehat dan Rawat Tapah menuju ke Bidor dan dari Sungkai ke Slim River," katanya..

Bagi arah selatan aliran trafik dilaporkan bergerak perlahan dari Senawang menuju ke Seremban.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, pertambahan kenderaan menyebabkan aliran trafik perlahan dari arah Bentong ke Genting Sempah di lebuh raya Kuala Lumpur-Karak dan dari Plaza Tol Gombak menuju ibu negara.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.- BERNAMA

Berita Harian X