Ahad, 2 Ogos 2015 | 9:53am

Sultan Nazrin, Permaisuri sertai kayuhan amal Maybank Islamic

AMY Mastura bersama keluarga pada sesi pengambaran. - Foto instagram
AMY Mastura bersama keluarga pada sesi pengambaran. - Foto instagram

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menyertai acara kayuhan 10 kilometer anjuran Maybank Islamic Bhd di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini, pagi ini.

Turut mengambil bahagian, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Pengerusi Maybank Islamic, Datuk Seri Ismail Shahahudin.

Baginda berdua memulakan kayuhan daripada garis permulaan kira-kira jam 7.45 pagi dan berbasikal di sekitar bandar raya ini sejauh 10 kilometer.

Terdahulu, lebih 1,500 peserta dilepaskan daripada garis permulaan bagi menyertai acara kayuhan amal 30 dan 120 kilometer.

Ismail berkata, acara berbasikal itu adalah sebahagian tanggungjawab sosial korporat Maybank Islamic mengumpul dana untuk kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung di Malaysia dan negara ASEAN.

Aktiviti kayuhan kali kedua itu mendapat sambutan yang lebih menggalakkan berbanding tahun lalu dengan kutipan dana sebanyak RM100,000 dan penyertaan lebih ramai.

"Selain itu, program berkenaan turut membantu keluarga kanak-kanak kurang berkemampuan yang menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).

"Di samping melakukan aktiviti amal, Maybank Islamic mahu menanam gaya hidup sihat kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Berita Harian X