Selasa, 1 September 2015 | 2:57pm
PENDUDUK mencari tujuh murid yang hilang di Pos Tohoi, Gua Musang.
PENDUDUK mencari tujuh murid yang hilang di Pos Tohoi, Gua Musang.

Stoking petanda murid Orang Asli sesat di hutan Pos Tohoi

GUA MUSANG: Selepas 10 hari hilang di hutan berhampiran Pos Tohoi, pasukan penyelamat menemui stoking dipercayai milik seorang daripada tujuh murid yang hilang.

Stoking itu ditemui kira-kira sejam perjalanan dalam hutan itu dari Pos Tohoi.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah, berkata berikutan penemuan stoking itu pihaknya semakin yakin tujuh murid terbabit hilang dalam kawasan hutan berkenaan dan tersesat untuk pulang ke rumah mereka.

Beliau juga mengarahkan pasukan mencari yang membabitkan anggota Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan RELA mempertingkatkan operasi di kawasan hutan terbabit.

Berita Harian X