Jumaat, 18 September 2015 | 1:06pm

Bayaran akhir BR1M 2015 mulai 21 September

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. - Foto Azmaidi Abidin
MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. - Foto Azmaidi Abidin

PUTRAJAYA: Bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi peringkat akhir tahun ini akan dibuat mulai 21 September ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata pemberian bantuan yang sepatutnya dibuat pada akhir September itu dipercepatkan sempena sambutan Aidiladha pada 24 September ini.

"Kerajaan bersetuju agar pembayaran peringkat akhir BR1M 2015 dipercepatkan dan berharap pemberian ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan serta persiapan bagi menyambut Aidiladha nanti.

"Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing. Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank, CIMB dan Public Bank yang berhampiran," katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi

Berita Harian X