Sabtu, 10 Oktober 2015 | 2:55pm

363 terima pingat kebesaran Melaka pada hari kedua

YANG Di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob (kiri) beramah mesra dengan penerima-penerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira kepada Pengarah Urusan Linggi Base, Datuk Wira Noormustafa Kamal Yahya (dua dari kiri), Timbalan Presiden Melaka United Soccer Association (MUSA), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi (tiga dari kiri), Panglima Markas 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Wira Zamrose Mohd Zain (dua dari kanan) dan Ketua Polis negeri, Datuk Wira Chuah Ghee Lye (kanan) sambil diperhatikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (tiga dari kanan) selepas majlis sesi ke-2 Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri sempena Sambutan Hari Jadi ke-77 Yang Di-Pertua Negeri di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh. - Foto Khairunisah Lokman

AYER KEROH: Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain, mengetuai 363 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran pada sesi kedua penyerahan sempena sambutan ulang tahun ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Beliau menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira.

Turut menerima gelaran itu Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Chuah Ghee Lye; Pengerusi Perbadanan Stadium Melaka, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Pengarah Urusan Linggi Base Sdn Bhd, Datuk Wira Noormustafa Kamal Yahya.

Majlis berlangsung di Dewan Seri Negeri dekat sini, bermula pagi tadi.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Johor, Dr Sabirin Jaa'far; Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Anuwar Mad Said; Ketua Pegawai Agensi AmMetlife, Tai Chee Ming dan Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Abdul Rahman Kassim menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.

Seramai 33 menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang juga membawa gelaran Datuk, antaranya Panglima Angkatan Kapal Selam TLDM, Datuk Laksamana Muda Abdul Rahman Ayob; Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Ab Rashid Ab Wahab dan Ketua Pegawai Kewangan Perumahan Rakyat 1Malaysia, Datuk Hasleen Isnin.

Tiga puluh enam lagi menerima Darjah Seri Melaka (DSM) dan 45 Bintang Cemerlang Melaka (BCM), 61 Bintang Khidmat Terpuji (BKT), 109 Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 61 Pingat Bakti Masyarakat (PBM) dan 10 Pingat Khidmat Lama (PKL).

Berita Harian X