X
Jumaat, 16 Oktober 2015 | 11:26am

Kualiti udara di seluruh negara baik setakat 9 pagi

PEMANDANGAN di sekitar Pelabuhan Klang dengan bacaan IPU 80 setakat jam 1 tengah hari semalam. - Foto Faiz Anuar
PEMANDANGAN di sekitar Pelabuhan Klang dengan bacaan IPU 80 setakat jam 1 tengah hari semalam. - Foto Faiz Anuar

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di seluruh negara terus menunjukkan perkembangan positif dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekod tahap baik dan sederhana setakat jam 9 pagi ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 14 kawasan merekodkan bacaan IPU baik 24 hingga 50.

Antaranya ialah Kangar, Perlis (28); Langkawi, Kedah (37); Labuan, Wilayah Persekutuan (24); Keningau, Sabah (36) dan Limbang, Sarawak (31).

Sementara itu, sebanyak 36 kawasan lagi mencatat IPU sederhana.

Antaranya Larkin (69); Pasir Gudang, Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai (masing-masing 74); Nilai dan Port Dickson (masing-masing 73), manakala Seri Manjung, Perak dan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (masing-masing 61).

Kawasan lain yang turut sederhana ialah Kuching (63); Banting (76); Pelabuhan Klang (82); Shah Alam (70); Batu Muda, Kuala Lumpur (62) dan Putrajaya (65).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - BERNAMA

Berita Harian X