Selasa, 27 Oktober 2015 | 11:45pm

Tiada kawasan catat IPU tidak sihat setakat 10 malam - JAS

KUALA LUMPUR : Keadaan jerebu di seluruh negara semakin pulih dengan tiada kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 10 malam ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), hanya 28 kawasan mencatat bacaan IPU sederhana, antaranya Larkin Lama (89); Pasir Gudang (82); Bukit Rambai, Melaka (81); Banting dan Pelabuhan Kelang (80); Port Dickson (78); Bandaraya Melaka (76); Nilai dan Shah Alam (74).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. -BERNAMA

Berita Harian X