Ahad, 1 November 2015 | 2:54pm

Kualiti udara sihat, sederhana jam 1 tengah hari

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara terus kekal pada tahap sihat dan sederhana setakat 1 tengah hari ini.

Mengikut portal Jabatan Alam Sekitar, sebanyak 40 kawasan mencatat bacaan IPU sihat, manakala 11 kawasan lagi mencatat bacaan IPU sederhana.

Antara kawasan yang mencatat IPU sederhana ialah di Cheras, Kuala Lumpur (71); Petaling Jaya (66); Perai dan Larkin Lama (masing-masing 61); Banting (60); Batu Muda, Kuala Lumpur dan Seberang Jaya 2, Perai (masing-masing 58) dan Bakar Arang, Sungai Petani (52).

IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Untuk IPU semasa, orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my. - BERNAMA

Berita Harian X