Jumaat, 13 November 2015 | 3:59pm

Hujan lebat cetus kebimbangan gelombang kedua

PARA petugas menggunakan jentolak bagi membersihkan lumpur tebal yang menutupi permukaan jalan di lokasi kejadian tanah runtuh di Kilometer 52.4 ke arah Lentang Bukit Tinggi . - Foto BERNAMA
PARA petugas menggunakan jentolak bagi membersihkan lumpur tebal yang menutupi permukaan jalan di lokasi kejadian tanah runtuh di Kilometer 52.4 ke arah Lentang Bukit Tinggi . - Foto BERNAMA

BENTONG: Kawasan insiden banjir lumpur di Kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak mula dilanda hujan lebat sejak jam 3.35 petang tadi.

Keadaan itu menimbulkan kebimbangan terhadap ramalan beberapa pihak sebelum ini yang menjangkakan kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir lumpur di sini sekiranya menerima jumlah hujan yang tinggi.

Bagaimanapun, keadaan ketika ini masih terkawal dan kerja pembersihan tetap diteruskan. Ini adalah kali pertama kawasan insiden menerima hujan selepas insiden pada Rabu.

Ketika ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai turut berada di lokasi kejadian bagi meninjau operasi pembersihan di lebuhraya.

Berita Harian X