Rabu, 2 Disember 2015 | 10:18am

Kumpulan pendaki hampiri puncak Gunung Kinabalu

RANAU: Sebahagian daripada 135 kumpulan pertama pendaki ke puncak Gunung Kinabalu yang dibuka semula selepas gempa bumi pada Jun lalu, menghampiri puncak gunung pada 8.10 pagi tadi.

Pendakian menggunakan laluan baharu dinamakan Jalan Ranau itu bermula jam 9 pagi semalam sebelum pendaki bermalam di Panalaban dan meneruskan pendakian ke puncak jam 2 pagi tadi.

Laluan baharu itu membabitkan jarak 1.8 kilometer, iaitu 700 meter lebih jauh berbanding laluan ke puncak melalui Laban Rata-Sayat-Sayat sebelum gempa bumi.

Berita Harian X