Ahad, 6 Disember 2015 | 10:39am

Peluang UA serlah daya saing - TPM

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendeklamasi sajak selepas merasmikan Festival Puisi Dan LAgu Rakyat Antarabangsa Pangkor 6 (PULARA 6) 2015 di Arena Pangkor, Pulau Pangkor, semalam. - Foto Muhaizan Yahya

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini sekali lagi mengulangi janji kerajaan tidak membenarkan universiti menaikkan yuran pengajian pelajar prasiswazah, walaupun peruntukan sektor pendidikan tinggi dikurangkan dalam Bajet 2016.

Timbalan Perdana Menteri berkata, faktor itu tidak menghalang kemajuan dan pembangunan universiti, malah ada hikmah tersembunyi apabila berpotensi menonjolkan sifat daya saing sesebuah universiti awam (UA) dalam mengharungi cabaran ekonomi semasa.

"Sejak dua tahun lalu lagi KPT (Kementerian Pendidikan Tinggi) memberi mandat (kepada UA) untuk mencari sumber kewangan sendiri.

"Justeru, saya yakin semua UA akan mampu menyerap keadaan ini dan melihat elemen ini sebagai cabaran dunia baharu pendidikan tinggi negara," katanya merasmikan Seminar Kepimpinan Mahasiswa Nasional (PEMANAS) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, pagi ini.

Teks ucapan Timbalan Perdana Menteri dibacakan Setiausaha Politik, Dr Ahmad Masrizal Mohamad.

Berita Harian X