Isnin, 14 Disember 2015 | 12:00am

Kerajaan mula bincang pelan pasca 2020 - PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor semasa bersalam dengan warga Persatuan Perkhidmatan Takbir dan Diplomatik (PPTD) dan turut bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa selepas Majlis Makan Malam Tahunan PPTD di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memulakan perbincangan untuk menentukan pelan dan visi pasca Wawasan 2020 tidak berapa lama lagi, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, idea dan inisiatif ke arah perbincangan itu sudah dilontarkan bagi menentukan hala tuju mengenainya akan ditentukan dalam masa satu atau dua tahun akan datang ini.

"Kita tidak boleh tunggu sehingga tahun 2020 untuk tentukan atau mengolah visi pasca 2020, kita mesti memulakan perbincangan ini.

"Proses mencambah pemikiran memerlukan pembabitan banyak pihak, termasuk cendikiawan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam... proses perbincangan ini akan memakan masa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD), di sini, malam tadi.

Berita Harian X