Isnin, 14 Disember 2015 | 12:02am

Cegah penerima biasiswa JPA elak jadi penjawat awam - Najib

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak melihat momento penghargaan yang disampaikan oleh Presiden PPTD, Datuk Seri Zainal Rahim Seman (dua dari kiri). Turut serta, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa (kanan) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zabidi Zainal (kiri). - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA: Perdana Menteri mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memperkenalkan model baharu dalam pemberian biasiswa untuk mencegah penerima biasiswa mengelak daripada berkhidmat dengan kerajaan.

Datuk Seri Najib Razak berkata, walaupun menerima peruntukan yang besar daripada kerajaan, sesetengah penerima biasiswa sengaja menggagalkan diri dalam ujian perkhidmatan awam untuk mengelak direkrut sebagai penjawat awam.

Beliau berkata, keadaan itu tidak menguntungkan kerajaan yang menyediakan ratusan ribu Ringgit (sebagai biasiswa) kepada pelajar, tetapi tidak mendapat bakat berkenaan.

"Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal untuk melaksanakan model baharu dalam pemberian biasiswa," katanya.

Dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD), di sini, malam tadi, Najib berkata, pegawai PTD yang juga pemikir, perancang dan pelaksana dalam perkhidmatan awam perlu memikir untuk mengolah semula strategi pembangunan negara dalam persekitaran global yang tidak menentu.

"Antara cabaran yang dihadapi, termasuk ekonomi yang berkembang perlahan, harga komoditi yang rendah, ekspektasi rakyat dalam menghadapi kos sara hidup dan ancaman militan Kumpulan Negara Islam dan di Filipina Selatan," katanya.

Berita Harian X