X
Isnin, 14 Disember 2015 | 5:55pm
KETUA Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal (kiri) menyampaikan Anugerah Ikon Pejuang Bahasa 2015 (Profesional) kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Mohd Nizam Mahshar (kanan) pada Majlis Genta Bahasa Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan Sektor Perkhidmatan Awam 2015 di Auditorium Angkasapuri. Turut bersama, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Jalil Marzuki (dua dari kiri). - Foto Adi Safri

KETUA Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal (kiri) menyampaikan hadiah kepada Johan Pertandingan Pidato, Asriyah Abdul Hafid (kanan) pada Majlis Genta Bahasa Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan Sektor Perkhidmatan Awam 2015 di Auditorium Angkasapuri. Turut bersama, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Jalil Marzuki (dua dari kiri). - Foto Adi Safri

Tiga PBT terima Anugerah Khas Bahasa Melayu

KETUA Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal (kiri) menyampaikan Anugerah Ikon Pejuang Bahasa 2015 (Pengurusan) kepada Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik), Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Adilah Shek Omar (kanan) pada Majlis Genta Bahasa Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan Sektor Perkhidmatan Awam 2015 di Auditorium Angkasapuri. Turut bersama, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Jalil Marzuki (dua dari kiri). - Foto Adi Safri

KUALA LUMPUR: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Tawau dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dinobatkan penerima Anugerah Khas Bahasa Melayu Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di Auditorium Perdana Angkasapuri di sini, sebentar tadi.

Tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mewakili Semenanjung, Sabah dan Sarawak itu, menerima pengiktirafan berdasarkan kesungguhan dalam melakukan pemantauan pada paparan awam serta konsisten menjayakan pelbagai program bersempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2015.

Anugerah itu disampaikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal pada Majlis Genta Bahasa II anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

turut hadir, Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr Awang Sariyan; Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) JPA, Datuk Jalil Marzuki dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Operasinya, Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus.

Pada acara sama, 11 kementerian dan jabatan kerajaan turut diberikan pengiktirafan sebagai Penerima Sijil Audit Bahasa antaranya Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Kerajaan Negeri Perak.

Selain itu, enam institusi pengajian tinggi awam (IPTA) turut menerima sijil pengiktirafan sama termasuk Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sementara itu, tiga individu yang berjuang dalam memartabatkan bahasa Melayu turut diraikan sebagai penerima Ikon Pejuang Bahasa 2015.

Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik), Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Adilah Shek Omar menjadi Penerima Ikon Pejuang Bahasa Kategori Pengurusan; Felo Utama, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong (Penerima Ikon Pejuang Bahasa Kategori Akademia) dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, Mohd Nizam Mahshar (Penerima Ikon Pejuang Bahasa Kategori Profesional).

Berita Harian X