Rabu, 6 Januari 2016 | 2:51pm

Negeri Sembilan haramkan umat Islam hisap vape

Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membuat keputusan mengharamkan umat Islam menghisap rokok elektronik atau vape di negeri itu.
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membuat keputusan mengharamkan umat Islam menghisap rokok elektronik atau vape di negeri itu.

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membuat keputusan mengharamkan umat Islam menghisap rokok elektronik atau vape di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata penjualan produk dan bahan itu di negeri ini bagaimnapun dibenarkan kerana mendapati vape turut digunakan oleh bukan Islam.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mendengar taklimat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan yang menyatakan bahawa vape boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.

"Menghisap vape adalah haram seperti yang diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan. Terpulang pada individu itu sendiri, sama ada hendak terus hisap atau berhenti.

"Kerajaan negeri tidak sentuh penjualan vape dan tidak akan menutup perniagaan vape yang ada di negeri ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri akan patuh jika Kerajaan Pusat mengambil keputusan untuk tidak membenarkan penjualan vape.

Berita Harian X