Rabu, 3 Februari 2016 | 11:28am

TPM jumpa wakil Parti Komunis China

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan Setiausaha Pusat, Politik dan Hal Ehwal Undang-Undang Parti Komunis China, Meng Jianzhu di Diaoyutai, China sebentar tadi.
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan Setiausaha Pusat, Politik dan Hal Ehwal Undang-Undang Parti Komunis China, Meng Jianzhu di Diaoyutai, China sebentar tadi.

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tiba di Diaoyutai, di sini, sebentar tadi, untuk menghadiri mesyuarat bersama Setiausaha Pusat, Politik dan Hal Ehwal Undang-Undang Parti Komunis China, Meng Jianzhu.

Mesyuarat di rumah tetamu luar negara China itu diadakan susulan pertemuan Ahmad Zahid dengan Menteri Keselamatan Awam, China, Gou Shengkun, petang semalam.

Kedua-dua pertemuan diadakan bagi memaklumkan secara rasmi mengenai pendirian terbaru dan perubahan dasar Malaysia berhubung kehadiran pelancong China ke Malaysia, selain perkembangan keselamatan serantau.

Ahmad Zahid dalam rangka lawatan kerja empat hari ke Beijing, berakhir esok. Ini adalah lawatan pertama beliau ke republik ini selepas menjadi Timbalan Perdana Menteri, Julai lalu.

Beliau dijadual bertemu dengan penuntut dan komuniti Malaysia di Beijing pada majlis makan malam, malam ini.

Berita Harian X