Sabtu, 6 Februari 2016 | 1:06pm

Wujudkan pendidikan silang budaya - TPM

AHMAD Zahid menerima buku cenderamata yang diberi bekas Pengetua Sekolah Wawasan Sri Bayu Manjung, Ahmad Dalail Mohd Rakim (dua dari kanan) pada Majlis Sambutan Jubli Intan ke-64 dan Karnival Keusahawanan Sekolah Menengah Khir Johari, Sungai Sumun di Bagan Datoh, hari ini. - Foto Supian Ahmad

BAGAN DATOH: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan aspek pendidikan silang budaya diberi penekanan di sekolah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia bertujuan memupuk kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

"Ketika ini, ada jurang agak luas antara kaum selain perpaduan tidak lagi jadi keutamaan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Karnival Sambutan Jubli Intan Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Sungai Sumun, di sini, sebentar tadi.

Ahmad Zahid berkata, hubungan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini semakin terjarak dan agak membimbangkan.

Katanya, antara puncanya ialah kurangnya aspek penekanan pendidikan silang budaya di sekolah khususnya aliran vervakular dan aliran agama, termasuk di peringkat prasekolah.

Sehubungan itu, beliau berharap cadangan itu dibincangkan secara mendalam.

"Ia bukan bermaksud kita mahu menghapuskan sistem pendidikan vernakular di negara ini," katanya.

Berita Harian X