Rabu, 27 April 2016 | 3:30pm

Suami Timbalan KP RTM meninggal dunia

PETALING JAYA: Suami kepada Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) Radio Televisyen Malaysia (RTM), Ab Latiff Ishak, 63, (gambar) meninggal dunia akibat kegagalan jantung di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini, hari ini.

Datuk Adilah Shek Omar berkata, suaminya dimasukkan ke PPUM sejak Jumaat lalu dan meninggal dunia kira-kira 11.30 pagi ini.

Katanya, jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nurul Yaqin di SS7, Petaling Jaya sebelum dibawa ke kampung halaman Allahyarham di Jasin, Melaka untuk dikebumikan.

Allahyarham pernah berkhidmat di RTM pada 1973 sebelum menjadi tenaga pengajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sejak 1996.

Hadir menziarahi jenazah di PPUM ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari. - BERNAMA

Berita Harian X