X
Jumaat, 29 April 2016 | 12:28pm

Lebih 200 jemaah tunai solat sunat Istisqa

Pelajar tadika turut hadir untuk menunaikan solat sunat Istisqa' yang di imamkan oleh Syed Muzaffar Syed Azlan, bagi memohon hujan berikutan fenomena El Nino yang melanda seluruh negara di Masjid Sultan Azlan Shah. - Foto Yahya Zainuddin

IPOH: Lebih 200 jemaah menunaikan solat sunat Istisqa di kawasan letak kenderaan Masjid Sultan Azlan Shah di sini pagi tadi.

Solat diadakan bagi memohon hujan berikutan fenomena El-Nino.

Solat diimamkan oleh Syed Mohd Muzaffar Syed Azlan dan disertai jemaah termasuk pelajar tahfiz.

Syed Mohd Muzzaffar ketika ditemui kemudian berkata, solat itu diadakan bagi memohon Allah menurunkan hujan yang membawa rahmat bagi memenuhi kembali sungai, telaga dan empangan di negara ini.

"Solat Istisqa ini diharap akan membawa hujan penuh berkat," katanya.

Beliau berkata, penganjuran solat itu adalah susulan arahan Bahagian Pengurusan masjid dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang meminta setiap masjid di Perak mengadakannya sebagi usaha memohon hujan.

Berita Harian X