Rabu, 4 Mei 2016 | 3:00pm

Lanjutkan pelajaran dengan biasiswa Sunway-BH

KUALA LUMPUR: Universiti Sunway dengan kerjasama BH menawarkan peluang pendidikan tinggi kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menerusi biasiswa kerjasama kedua-dua organisasi itu.

Biasiswa Sunway-BH itu akan membiayai pengajian penerima terpilih yang menduduki kedua-dua peperiksaan umum itu tahun lalu.

Bagi mengetahui senarai lengkap program yang ditawarkan menerusi biasiswa ini dan syarat permohonan, calon boleh layari www.sunway.edu.my/biasiswa-bh.

Mereka yang berminat boleh mengisi borang permohonan biasiswa ini dengan memuat turun di laman web berkenaan dan hantarkan ke alamat Biasiswa Sunway-BH, Kiosk Pendidikan BH, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur sebelum 1 Jun 2016.

Berita Harian X