Ahad, 8 Mei 2016 | 10:19am

Asmuni selamat dikebumikan

JENAZAH Asmuni selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 12, Sungai Burong. - Foto Mohd Shukor Amin
JENAZAH Asmuni selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 12, Sungai Burong. - Foto Mohd Shukor Amin

TANJONG KARANG: Jenazah suami kepada Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 12, Sungai Burong di sini, jam 9.30 pagi tadi.

Allahyarham Asmuni Abdullah, 52, dikebumikan berdekatan dengan pusara isterinya, Datuk Noriah Kasnon.

Terdahulu, jenazah dibawa ke Masjid Ar-rahmah, Batu 12, Sungai Burong. Turut kelihatan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Mayat Asmuni ditemui semalam di Sungai Batang Lupar, di Sebuyau, Sarawak.

Setakat tengah malam tadi, hanya juruterbang pesawat, Kapten Rudolf Rex Ragas, belum ditemui.

Berita Harian X