Ahad, 8 Mei 2016 | 2:55pm

PPj kaji punca banjir

BANJIR kilat yang melanda Putrajaya semalam.
BANJIR kilat yang melanda Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA: Perbadanan Putrajaya (PPj) akan membuat kajian menyeluruh mengenai punca banjir kilat yang melanda Putrajaya, semalam sehingga menenggelamkan beberapa kawasan di sekitar bandar ini.

Naib Presiden PPj (Perancangan Bandar), Datuk Fadlun Mak Ujud, berkata kajian berkenaan akan merangkumi aspek kejuruteraan di sekitar kawasan terbabit, selain jumlah kerugian yang dialami.

"Kajian ini dilakukan oleh sebuah pasukan khas di bawah PPj dan dijangka siap dalam minggu ini. Presiden PPj, Datuk Seri Hasim Ismail akan mengumumkan mengenainya nanti.

"Buat masa ini, saya tidak boleh mengulas lanjut hinggalah kajian itu selesai," katanya ditemui selepas majlis penyampaian hadiah Pertandingan Memancing Putrajaya 2016 di Pesisiran Tasik Presint 4 di sini, pagi tadi.

Kira-kira jam 6 petang semalam, banjir kilat melanda Putrajaya sehingga menyebabkan beberapa kawasan di sekitar bandar ditenggelami air.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak mengakibatkan kehilangan nyawa dan kembali pulih kira-kira jam 9 malam.

Berita Harian X