X
Isnin, 16 Mei 2016 | 11:57am
SEBUAH bas ekspres yang musnah dalam kebakaran di KM209 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, di sini, malam tadi. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
SEBUAH bas ekspres yang musnah dalam kebakaran di KM209 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, di sini, malam tadi. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber

10 terselamat bas ekspres terbakar di Ayer Keroh

SEBUAH bas ekspres yang musnah dalam kebakaran di KM209 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, di sini, malam tadi. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
SEBUAH bas ekspres yang musnah dalam kebakaran di KM209 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, di sini, malam tadi. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber

AYER KEROH: Sepuluh penumpang termasuk dua pemandu bas terselamat apabila sebuah bas ekspres hangus terbakar di KM209 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, bas dua tingkat dalam perjalanan dari Perlis ke Melaka itu dilaporkan turut membawa empat motosikal di bahagian dek bawah.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Zulkefli Musa, berkata sebaik menerima laporan sepasukan 14 anggota dan pegawai bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi pemadaman.

"Sejurus tiba di lokasi kejadian, lapan penumpang dan dua pemandu bas sudah turun menyelamatkan diri.

"Kejadian menyebabkan bas dan empat motosikal di dalamnya musnah dalam kebakaran. Kebakaran dipercayai berpunca daripada bahagian belakang bas antara kedua-dua tayar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, pemandu bas, Mizan Kumansur, 33, berkata ketika dalam perjalanan tiba-tiba gear bas beralih ke bahagian 'neutral'.

"Saya terus segera berhenti di tepi jalan dan mematikan enjin lalu mengarahkan semua penumpang turun untuk pemeriksaan," katanya.

Ditanya mengapa terdapat motosikal di dalam bas berkenaan, Mizan berkata, syarikat bas itu memang menyediakan perkhidmatan mengangkut motosikal yang diletakkan di bahagian dek bawah, manakala penumpang di bahagian atas.

Berita Harian X