X
Rabu, 29 Jun 2016 | 6:34pm
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak membeli keropok lekor goreng ketika membuat tinjauan di Bazar Ramadan Batu Enam, Kuala Nerus, hari ini. - Foto BERNAMA
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak membeli keropok lekor goreng ketika membuat tinjauan di Bazar Ramadan Batu Enam, Kuala Nerus, hari ini. - Foto BERNAMA

Keropok lekor, rojak kateh pilihan Perdana Menteri

KUALA NERUS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memilih keropok lekor goreng dan kuih menganang telur, rojak kateh serta bingka ubi sebagai menu untuk berbuka puasa, hari ini.

Empat makanan tradisional penduduk negeri ini dibeli Presiden UMNO di bazar Ramadan berhampiran Pasar Batu Enam, di sini, sebentar tadi.

Najib yang memakai kameja biru dan diiringi Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh tiba di tapak bazar Ramadan kira-kira jam 5.15 petang.

Selain lebih 2,000 pengunjung bazar Ramadan, ketibaan Najib disambut Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohd Zuber Embong dan EXCO kerajaan negeri.

Najib meluangkan masa lebih 15 minit untuk membeli juadah berbuka puasa selain beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga bazar Ramadan.

Najib dijadualkan berbuka puasa dan solat Maghrib di Masjid Assalam di Batu Rakit.

Perdana Menteri akan menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid al-Mustaqim, Gemuroh sebelum berlepas ke Kuala Lumpur.

Berita Harian X