Sabtu, 13 Ogos 2016 | 3:48pm

15,000 sambut Najib di Kuala Klawang

NAJIB hadir di Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jelebu 2016 dan Majlis Himpunan Rakyat 'Sehati Sejiwa' di Stadium Mini Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan, hari ini. - Foto Iqmal Haqim Rosman

KUALA KLAWANG: Kira-kira 15,000 menghadiri majlis Jamuan Rakyat 'Sehati Sejiwa' yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Stadium Mini Kuala Klawang di sini, hari ini.

Najib yang tiba jam 3.30 petang disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua UMNO Bahagian Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri.

Perdana Menteri kemudian memeriksa perbarisan oleh kumpulan Sukarelawan UMNO Jelebu yang aktif dalam pelbagai aktiviti di daerah ini sebelum menyampaikan ucapan perasmian di majlis itu.

Pada majlis sama, Najib turut merasmikan majlis penutup Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jelebu yang bermesyuarat pagi tadi.

Berita Harian X