Rabu, 31 Ogos 2016 | 12:49am
SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan mengibarkan Jalur Gemilang pada sambutan Ambang Merdeka di Dataran Bandaraya Ipoh. Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. - Foto L Manimaran
SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan mengibarkan Jalur Gemilang pada sambutan Ambang Merdeka di Dataran Bandaraya Ipoh. Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. - Foto L Manimaran

Belon panas aksi kemuncak Ambang Merdeka di Ipoh

IPOH: Ribuan pengunjung teruja menyaksikan pertunjukan belon panas yang menjadi antara satu tarikan dan kelainan sempena Sambutan Ambang Merdeka 2016 di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sini, tengah malam ini.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke majlis itu.

Turut mengiringi baginda, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Detik Ambang Merdeka disempurnakan dengan gimik menaikkan Jalur Gemilang menggunakan belon panas ke udara.

Selain itu, pengunjung turut terhibur dengan lebih 20 persembahan menarik seperti tarian kebudayaan, persembahan angklung dan deklamasi puisi.

Sementara itu, pengunjung, Noramira Fatin Azuan, 19, dari Pengkalan di sini berkata, program sambutan pada kali ini adalah luar biasa meriah.

"Saya bersama keluarga sememangnya tidak akan melepaskan peluang untuk menghadiri program malam mbang merdeka pada setiap tahun.

"Kejutan pertunjukan belon panas pada kali ini benar-benar menghiburkan dan kami sangat teruja," katanya ketika ditemui pada program itu.

Berita Harian X