Rabu, 31 Ogos 2016 | 1:30pm

Bekas tentera catat terjunan peribadi ke-7,000

PENGERUSI Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, Datuk 'Zulkurnain Kamisan (tengah) bergambar bersama peserta pada majlis Perasmian Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Segamat Kali Ke-59 Tahun 2016 di Dataran Segamat. - Foto Ahmad Ismail
PENGERUSI Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, Datuk 'Zulkurnain Kamisan (tengah) bergambar bersama peserta pada majlis Perasmian Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Segamat Kali Ke-59 Tahun 2016 di Dataran Segamat. - Foto Ahmad Ismail

SEGAMAT: Seorang bekas tentera dari Unit Komando Pasukan Khas Udara (PASKAU) melakar sejarah untuk dirinya apabila melakukan terjunan bebas payung terjun peribadi kali ke-7,000 sempena Sambutan Hari Merdeka Peringat Daerah Segamat di sini, hari ini.

Misi terjunan terbabit disempurnakan Staf Sarjan (B) Karim Salleh, 66, bersama dua lagi rakannya, Jhosua Sri, 45, dan Idris Yusof, 45, dengan melakukan terjunan pada ketinggian kira-kira 3,000 kaki dari udara.

Jurulatih Terjunan Kelab Sky Dive yang berpangkalan di Kuala Lumpur itu dibantu juruterbang pesawat Cessna 172, Kapten Aziz Ahmad, sekali gus membolehkan misi itu dapat dicapai jam 9 pagi.

Karim yang ditemui mengakui terharu di sebalik sumbangan kecil sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-59.

Datuk kepada empat cucu itu bersyukur kerana berjaya membuktikan keupayaannya merealisasikan terjunan itu bersama dua lagi rakannya.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan; Pegawai Daerah Segamat, Mohd Haffiz Ahmad; Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd KamilSukarmi; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Nurshida Ibrahim.

Katanya, premis bangunan yang rapat, jalan raya, pokok besar, kenderaan selain ribuan pengunjung menjadi cabaran kepada penerjun sepertinya.

"Itu antara cabaran sebaik keluar dari perut pesawat namun ia hanya asam garam harus dilalui demi menjayakan sambutan kemerdekaan," katanya.

Berita Harian X