Jumaat, 2 September 2016 | 12:57pm

MARA sedia 35 peratus tenaga kerja negara

PENGARAH Bahagian Pembangunan Industri dan Infrastruktur MARA, Zulfikri Osman. - Foto Farizul Hafiz Awang
PENGARAH Bahagian Pembangunan Industri dan Infrastruktur MARA, Zulfikri Osman. - Foto Farizul Hafiz Awang

KUANTAN: Kira-kira 35 peratus keperluan tenaga kerja dalam pelbagai sektor industri disumbangkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi institusi pendidikan di bawah badan itu.

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri dan Infrastruktur MARA, Zulfikri Osman, berkata pada satu-satu masa, MARA mempunyai 200,000 pelajar yang mengikuti pembelajaran, kebanyakannya menyertai kerjaya dalam bidang industri pembuatan dan pengeluaran.

"Kita juga melahirkan kira-kira 5,000 jurutera muda setiap tahun bagi membantu kerajaan dalam mendapatkan keperluan tanaga kerja mahir di dalam negara," katanya pada sidang media selepas merasmikan MajliscJalinan Usahawan Mara Bersama Pihak Industri dan Institusi, di sini, hari ini.

Zulfikri berkata, pihaknya menyediakan satu laluan pendidikan yang lengkap bermula daripada peringkat sijil sehinggalah peringkat doktor falsafah (PhD).

Berita Harian X