Sabtu, 8 Oktober 2016 | 9:52am

5,000 sertai Hari Sukan Negara peringkat Perak

MENTERI Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bergambar bersama peserta pada Hari Sukan Negara peringkat Perak 2016 di Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Manjung, pagi ini. - Foto BERNAMA
MENTERI Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bergambar bersama peserta pada Hari Sukan Negara peringkat Perak 2016 di Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Manjung, pagi ini. - Foto BERNAMA

MANJUNG: Kira-kira 5,000 orang menyertai Hari Sukan Negara peringkat Perak 2016 di Majlis Perbandaran Manjung (MPM), di sini, pagi ini.

Orang ramai mula berkumpul jam 6.30 pagi.

Acara turut membabitkan kategori untuk orang kurang upaya (OKU) dengan seramai 300 OKU mengambil bahagian dalam program berkenaan yang bermula 7.30 pagi.

Program dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pelbagai acara sukan diadakan, antaranya berbasikal pelbagai kategori, larian, sepak raga tuju untuk 'Malaysia Book of Records', ragbi, muaythai, silat, taekwondo, bola jaring, ping pong dan boling padang.

Terdahulu, Zambry turut menyertai acara kayuhan berbasikal 30 kilometer. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Berita Harian X