Sabtu, 15 Oktober 2016 | 2:04pm
Bendera Thailand berkibar separuh tiang berikutan kemangkatan Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej 88, di Kedutaan Thailand, Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad
Bendera Thailand berkibar separuh tiang berikutan kemangkatan Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej 88, di Kedutaan Thailand, Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad

Bendera ASEAN dikibar separuh tiang

Bendera ASEAN dikibar separuh tiang tiga hari bermula semalam sebagai tanda penghormatan atas kemangkatan Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej.
Bendera ASEAN dikibar separuh tiang tiga hari bermula semalam sebagai tanda penghormatan atas kemangkatan Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej.

KUALA LUMPUR: Bendera ASEAN dikibar separuh tiang tiga hari bermula semalam sebagai tanda penghormatan atas kemangkatan Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej, Khamis lalu.

Jurucakap Wisma Putra berkata, bendera ASEAN dikibarkan separuh tiang di Kompleks Wisma Putra, Institut Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa (IDFR) , Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) dan semua pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.

"Atas semangat setia kawan dan keutuhan ASEAN, Kementerian Luar memutuskan bendera ASEAN dikibar separuh tiang selama tiga hari bermula semalam sebagai tanda penghormatan atas kemangkatan Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Bhumibol, monarki paling lama memerintah di dunia, mangkat pada usia 88 tahun selepas menaiki takhta pada usia 18 tahun.

Kemangkatan Bhumibol sekali gus menamatkan pemerintahannya selama tujuh dekad.

Berita Harian X