Selasa, 1 November 2016 | 11:21pm

Lawatan ketiga Najib ke China capai keputusan bersejarah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak (tengah) menerima kunjungan hormat Pengerusi bagi 'National People's Congress' (NPC), Zhang Dejiang (kanan) di Great Hall of the People, Beijing, hari ini. - Foto BERNAMA

BEIJING: Lawatan rasmi ketiga Datuk Seri Najib Razak ke China bukan hanya bersejarah berdasarkan perspektif perniagaan disebabkan ia menyatukan hubungan dua hala tetapi turut mencapai keputusan bersejarah dalam bidang pertahanan.

Perdana menteri berkata dari segi kejayaan perjanjian perdagangan, Malaysia dan syarikat dari China melakar pencapaian bersejarah menerusi pemeteraian 14 perjanjian bernilai RM144 bilion.

Kerajaan Malaysia turut mencapai keputusan bersejarah untuk membeli empat buah Kapal Misi Litoral (LMS) daripada China, dua daripadanya akan dibina di China dan dua buah lagi di Malaysia, kata Najib pada sidang media bersama media Malaysia di sini pada Selasa. - BERNAMA

Berita Harian X