Khamis, 3 November 2016 | 10:16pm

Mini alumni UiTM di Frankfurt

DATUK Zaini Hassan (dua dari kanan) bersama alumni UiTM di Frankfurt, Jerman, semalam.
DATUK Zaini Hassan (dua dari kanan) bersama alumni UiTM di Frankfurt, Jerman, semalam.

FRANKFURT: Majlis perjumpaan semula alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM), di sini, semalam penuh nostalgia walaupun tidak ramai.

Menceritakan detik itu, Presiden Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM), Datuk Zaini Hassan, yang berkunjung ke Jerman dijemput makan malam bersama Pengarah Tourism Malaysia, Amin Yahya dan disertai Timbalan Pengarah Tourism Malaysia, Rizal Mas.

Masing-masing adalah alumni Masscommite tahun 1986 dan dari bekas pelajar Fakulti Pelancongan tahun 1994 dari UiTM.

Zaini yang juga alumni Masscommite tahun 1985 mengumpamakan pertemuan itu sebagai batu kerikil yang dibaling pada sekumpulan orang di Malaysia atau di tempat lain, pasti akan terkena alumni UiTM.

Perjumpaan itu diadakan di sebuah restoran yang dikenali sebagai Pandan-A Taste of Malaysia, di sini, semalam, sambil menikmati masakan istimewa Melayu seperti lontong dan ayam kurma.

Zaini juga sempat berkenalan dengan Idris Ghani, pemilik merangkap chef di restoran berkenaan yang juga bekas pelajar UiTM sambil mengajaknya menyertai majlis itu.

Seloroh Idris, beliau bukannya dari UiTM tetapi Institut Teknologi MARA (ITM).

Ia disambut gelak tawa yang menceriakan majlis itu.

Paling menggamit kenangan apabila bekas Profesor Pelawat di UiTM, Prof Dr Gerhard Trosien turut sama menyertai perjumpaan semula alumni UiTM sambil menikmati lontong Johor kegemarannya.

Berita Harian X