Selasa, 22 November 2016 | 1:59pm

Jenazah ibu pengarang berita BH Online selamat dikebumi

PENGARANG Berita Berita Harian (BH) Online dan Majalah Digital Dhiya, Salina Abdullah menyiram air mawar di pusar ibunya, Maimoon Mat Akil.
PENGARANG Berita Berita Harian (BH) Online dan Majalah Digital Dhiya, Salina Abdullah menyiram air mawar di pusar ibunya, Maimoon Mat Akil.

SUBANG JAYA: Hujan lebat mengiringi majlis pengebumian jenazah pemilik Berani Guard Sdn Bhd, Maimoon Mat Akil, di sini, tengah hari tadi.

Allahyarham Maimoon, 72, yang juga ibu kepada Pengarang Berita Berita Harian (BH) Online dan Majalah Digital Dhiya, Salina Abdullah, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Subang Jaya pada jam 4.20 pagi tadi, selepas dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung, petang Ahad lalu.

Jenazah dibawa pulang ke rumah Allahyarham di Subang Jaya sebelum ke Masjid Al-Mukminun, USJ 2 untuk urusan mandi dan dikafankan.

JENAZAH dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 22 di sini, kira-kira jam 12 tengah hari.
JENAZAH dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 22 di sini, kira-kira jam 12 tengah hari.

Menantunya, Roslee Mohd Sabri, 38, berkata, solat jenazah disempurnakan pada jam 11.15 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 22 di sini, kira-kira jam 12 tengah hari.

"Allahyarham sepatutnya ke Palestin semalam untuk menziarah serta melawat destinasi memang ingin dikunjunginya.

"Bagaimanapun, ibu mentua saya itu terkena serangan jantung petang kelmarin dan doktor mengesahkan ada saluran darah pecah dalam kepala.

"Ini adalah kehilangan besar buat kami sekeluarga," katanya.

Berita Harian X