Rabu, 7 Disember 2016 | 7:01pm

JKR perlu jadi ejen perubahan pembangunan negara - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof (kanan), Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (dua kiri) dan Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Dr. Roslan Md Taha (kiri) bergambar berlatar belakang Menara Kerja Raya selepas merasmikan Majlis Perasmian Menara Kerja Raya di Menara Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur. - Foto Zulfadhli Zukifli

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mahu Jabatan Kerja Raya (JKR) menjadi ejen perubahan kepada pembangunan negara dan bukan sekadar jabatan teknikal semata-mata.

Perdana Menteri berkata, JKR harus lebih berani dan inovatif menggalakkan pembinaan berteraskan teknologi hijau dan mesra alam selaras dengan kehendak semasa serta akan datang.

"JKR tidak boleh menumpukan lagi kerja kepada pembinaan bangunan sahaja. Walaupun itu peranan utama JKR, tetapi JKR tidak boleh berpuas hati dengan teknologi sedia ada.

"Kita mesti ambil langkah berani untuk menggunakan teknologi baharu sama ada dari luar atau hasil inovasi anak tempatan. Kementerian Kerja Raya tidak harus melihat JKR sekadar jabatan teknikal sahaja tetapi sebagai ejen pembangunan kepada negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Menara Kerja Raya milik Kementerian Kerja Raya di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan timbalannya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Berita Harian X