Selasa, 17 Januari 2017 | 11:23am
Orang ramai mula membeli tiket Mass Rapid Transit (MRT) pada hari pertama pembayaran dengan kadar tambang antara RM1.20 sehingga RM3.90 bergantung kepada jarak perjalanan dan kaedah pembelian tiket di Stesen MRT Sungai Buloh. - Foto NSTP/Saddam Yusoff

1.2 juta penumpang MRT setakat semalam

PENGGUNA perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT) dikenakan bayaran pada hari pertama dengan kadar tambang antara RM1.20 sehingga RM3.90 bergantung kepada jarak perjalanan dan kaedah pembelian tiket di Stesen MRT Sungai Buloh. - Foto NSTP/Saddam Yusoff

SUNGAI BULOH: Tren Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang (MBK) memulakan operasi tambang hari ini, sebulan selepas mula beroperasi pada 16 Disember lalu.

Kadar tambang bayaran tunai bermula dari 80 sen hingga RM3.90 bagi bayaran tunai dan antara 80 sen hingga RM3.40 penggunaan kad Touch n Go untuk perjalanan sehala.

Setakat semalam, kira-kira 1.2 juta penumpang direkodkan menggunakan perkhidmatan MRT Laluan SBK dalam tempoh sebulan.

Ketua Pegawai Operasi MRT SBK, Muhammad Isom Azis, berkata antara 27,000 hingga 30,000 penumpang didapati menaiki MRT setiap hari dan bilangannya lebih tinggi pada hujung minggu atau cuti umum.

"Kita meletak sasaran mengekalkan jumlah penumpang bermula hari ini memandangkan perkhidmatan MRT mula dikenakan caj selepas tempoh percuma berakhir semalam," katanya pada sidang media di Stesen MRT Sungai Buloh di sini, hari ini.

Muhammad Isom turut mengingatkan penumpang MRT menjaga keselamatan dan tidak melakukan perbuatan yang membahayakan.

"Kita menerima laporan mengenai tindakan sekumpulan penumpang yang mana seorang daripada mereka menahan pintu tren daripada ditutup bagi membolehkan rakan lain masuk.

"Perbuatan ini berbahaya dan kita akan mendidik penumpang supaya tidak melakukannya lagi.

"Begitu juga ada kanak-kanak yang bermain butang kecemasan dan perlu diingatkan supaya tidak menyentuhnya," katanya.

Berita Harian X