Selasa, 17 Januari 2017 | 12:18pm

Sultan Nazrin lancar buku 'Charting the Economy'

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Harold Hicthings Burbank Profesor Ekonomi Politik, Universiti Harvard, Profesor Dwight Perkins (kiri) selepas pelancaran buku berjudul 'Charting the Economy' di St Regis Hotel , Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Sairien Nafis

KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, hari ini melancarkan buku tulisannya berjudul 'Charting the Economy' di sini.

Buku setebal 234 muka surat terbitan Oxford University Press memuatkan perjalanan ekonomi Malaysia bersandarkan komoditi dalam tempoh 40 tahun pertama abad ke-20.

Bersandarkan anggaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaya dan komponennya dalam tempoh 1900 hingga 1939 dan menganalisis pola dan saling kaitnya, buku itu mendalami pemahaman mengenai prestasi ekonomi semasa empat dekad pertama.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah Muizzuddin Shah berucap pada majlis pelancaran buku 'Charting the Economy' di St. Regis Hotel, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Sairien Nafis
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah Muizzuddin Shah berucap pada majlis pelancaran buku 'Charting the Economy' di St. Regis Hotel, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Sairien Nafis

Dalam ucapan pelancaran baginda bertitah, hasil kajiannya mendapati transformasi ekonomi dan sosial luar biasa dikecapi negara adalah berdasarkan kerjasama masyarakat pelbagai kaum.

"Ia menyumbang kepada kemakmuran dan pembangunan negara secara menyeluruh," titah baginda.

Buku itu boleh diperoleh di kedai buku MPH dan Kinokuniya.

Berita Harian X