Jumaat, 20 Januari 2017 | 5:22pm

Tesco lancar program Pengumpulan Makanan

AZLIZA (kiri) menyumbangkan barangan makanan ke dalam tong pengumpulan yang disediakan sempena pelancaran Kempen Festival Pengumpulan Makanan Bersama Tesco dengan kerjasama Kechara Soup Kitchen dan Food Aid Foundation di Kepong Village hari ini. - Foto BERNAMA
AZLIZA (kiri) menyumbangkan barangan makanan ke dalam tong pengumpulan yang disediakan sempena pelancaran Kempen Festival Pengumpulan Makanan Bersama Tesco dengan kerjasama Kechara Soup Kitchen dan Food Aid Foundation di Kepong Village hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia) mensasarkan lebih 10 tan makanan dapat diagihkan kepada golongan kurang bernasib baik melalui program Pengumpulan Makanan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Program yang bermula pada 20 sehingga 27 Januari itu mendapat kerjasama Yayasan Bantuan Makanan dan Kechara Soup Kitchen.

Pengarah Perkhidmatan Korporat Tesco Malaysia, Azliza Baizura Azmel, berkata pengumpulan makanan itu hasil daripada sumbangan orang ramai melalui bekas khas yang disediakan di Tesco.

"Antaranya adalah Tesco Kepong, Tesco Ampang, Tesco Extra Selayang, Tesco Extra Mutiara Damansara, Tesco Ara Damansara, Tesco Shah Alam, Tesco Extra Cheras dan Tesco Extra Shah Alam.

"Bentuk sumbangan yang diperlukan seperti minyak masak, beras, makanan dalam tin, biskut, oat, serbuk minuman dan mi kering," katanya selepas pelancaran Program Pengumpulan Makanan sempena sambutan Tahun Baharu Cina di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya sentiasa berusaha untuk menangani isu berkaitan kemiskinan dan pembaziran makanan yang berlaku dalam kalangan masyarakat di negara ini.

"Antara yang kita bantu adalah golongan gelandangan, miskin, rumah anak yatim dan sebagainya.

Berita Harian X