Isnin, 30 Januari 2017 | 10:56pm
ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama menghala ke ibu kota dilaporkan sesak malam ini.
ALIRAN trafik di beberapa lebuh raya utama menghala ke ibu kota dilaporkan sesak malam ini.

Trafik sesak ke ibu kota setakat 10 malam

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala ke ibu kota dilaporkan sesak malam ini.

Ini berikutan pertambahan kenderaan kerana orang ramai mula kembali ke ibu negara selepas cuti Tahun Baharu Cina.

Menurut jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), setakat jam 10 malam ini, aliran trafik dari utara di Lebuhraya Utara-Selatan sesak bermula dari Kuala Kangsar ke Bukit Berapit dan dari Bukit Berapit ke Terowong Menora.

"Aliran trafik turut sesak dari Jelapang ke Simpang Pulai, Gua Tempurung menuju Slim River serta dari Bukit Tagar ke Bukit Beruntung," katanya.

Bagi arah selatan, aliran trafik dilaporkan sesak menuju ke ibu kota, antaranya dari Bandar Ainsdale ke Nilai, Ayer Keroh menuju ke Seremban dan dari Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh hingga ke Senai.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, pertambahan kenderaan turut menyebabkan aliran trafik dari Bentong ke Bukit Tinggi serta dari Plaza Tol Gombak ke pusat bandar, perlahan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twittercom/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

Berita Harian X