Isnin, 20 Februari 2017 | 9:51am

23 terselamat selepas bas heret motosikal terbakar

ALOR GAJAH: Seramai 21 penumpang dan dua pemandu bas ekspres terselamat apabila kenderaan dua tingkat itu hangus terbakar di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 11.15 malam, bas membawa penumpang warga Thailand dalam perjalanan dari Hat Yai, Thailand ke Singapura itu dipercayai merempuh sebuah motosikal yang terbabas dan tidak sempat dialihkan oleh penunggangnya yang berusia 20-an.

Komander Operasi, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Penolong Penguasa Bomba Mohd Hairi Affendy Razali, berkata 12 anggota termasuk pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah dan Ayer Keroh dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan jam 11.21 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati bas ekspres dua tingkat terbabit menyeret motosikal jenis Yamaha 125 berkenaan pada jarak sejauh kira-kira 10 meter, sebelum kedua-dua kenderaan itu musnah terbakar.

KEADAAN sebuah bas yang musnah terbakar di kilometer 204.6. Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
KEADAAN sebuah bas yang musnah terbakar di kilometer 204.6. Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber

20bas1
20bas1

"Semua penumpang berusia 50-an dan dua pemandu warga tempatan dengan seorang daripadanya berusia 60 tahun sempat keluar menyelamatkan diri dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Kebanyakan bagasi dan barangan di bawa penumpang tidak sempat diselamatkan kerana api merebak dengan cepat, namun berjaya dipadam anggota bomba kira-kira sejam kemudian, " katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mohd Hairi Affendy berkata, motosikal terbabit pada awalnya sudah terbabas, namun tidak sempat dialihkan pemiliknya yang berada di tepi jalan.

"Penunggang motosikal yang mengalami cedera ringan kemudian mendapatkan rawatan awal oleh Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS), sebelum dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut, "katanya.

 Sebahagian penumpang yang terselamat selepas bas yang dinaiki musnah terbakar di kilometer 204.6. Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
Sebahagian penumpang yang terselamat selepas bas yang dinaiki musnah terbakar di kilometer 204.6. Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
KEADAAN sebuah bas yang musnah terbakar di kilometer 204.6. Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
KEADAAN sebuah bas yang musnah terbakar di kilometer 204.6. Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
Berita Harian X