Isnin, 20 Februari 2017 | 7:15pm

LUCT tawar 1,000 biasiswa

 DATUK Fajura Juffa Mohd Mustafa Kamal bersama Pembantu Kanan kepada Presiden Universiti Limkokwong dan Penyelaras Antarabangsa LUCT, Dr. Mahaaganapathy dan bersama bekas pelajar yang mendapat biasiswa selepas sidang media tentang tawaran 1,000 biasiswa kepada rakyat Malaysia di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
DATUK Fajura Juffa Mohd Mustafa Kamal bersama Pembantu Kanan kepada Presiden Universiti Limkokwong dan Penyelaras Antarabangsa LUCT, Dr. Mahaaganapathy dan bersama bekas pelajar yang mendapat biasiswa selepas sidang media tentang tawaran 1,000 biasiswa kepada rakyat Malaysia di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

CYBERJAYA: Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT) menawarkan 1,000 biasiswa kepada rakyat Malaysia merangkumi tujuh jenis biasiswa bernilai lebih RM52 juta, bermula tahun ini.

Naib Presiden Hubungan dan Hal Ehwal Korporat LUCT, Datuk Fajura Juffa Mohd Mustafa Kamal, berkata biasiswa itu termasuk untuk pelajar Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma yang disediakan di semua kampus LUCT.

"Kami menawarkan 34 program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di kampus Kuching dan Cyberjaya untuk memastikan pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran merasai pengalaman pembelajaran di universiti.

"Kami juga ada menawarkan program untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di kampus LUCT di Kuching, Sarawak, Kelantan, Kuala Lumpur dan Cyberjaya untuk pelajar PT3 bagi memperkasakan latihan teknikal dan vokasional (TVET) selari dengan hasrat kerajaan," katanya pada sidang media LimKokWing Foundation 1,000 Scholarship, di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, untuk pelajar lepasan SPM yang ingin memasuki ke bidang Diploma, mereka hanya memerlukan tiga kredit sahaja, manakala bagi pelajar yang ingin menyambung ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, mereka memerlukan lima kredit bagi mendapatkan biasiswa.

"Kami memohon agar semua pelajar yang ingin melanjutkan pengajian segera hadirkan diri ke kampus LUCT untuk mendapatkan biasiswa pada tahun ini," katanya.

Tujuh biasiswa itu adalah Biasiswa Sultan Ahmad Shah , Biasiswa Utusan, Biasiswa Cyberview, Biasiswa Bumiputera, Biasiswa Masyarakat India, LimKokwing Pusat Pemikir Kepimpinan dan 50 peratus diskaun yuran untuk semua rakyat Malaysia membabitkan nilai lebih RM52 juta.

Berita Harian X