Selasa, 21 Februari 2017 | 8:57am
Zakaria Awang Noh bersama basikal kesayangan yang menjadi pengangkutan utama untuk mencari rezeki sejak 70 tahun lalu. - Foto Syaherah Mustafa

70 tahun cari rezeki dengan berbasikal

Zakaria Awang Noh bersama basikal kesayangan yang menjadi pengangkutan utama untuk mencari rezeki sejak 70 tahun lalu. - Foto Syaherah Mustafa
Zakaria Awang Noh bersama basikal kesayangan yang menjadi pengangkutan utama untuk mencari rezeki sejak 70 tahun lalu. - Foto Syaherah Mustafa

RANTAU PANJANG: Seorang warga emas berusia 88 tahun hanya menjadikan basikal sebagai satu-satunya pengangkutan untuk menyara keluarga dan menjalani aktiviti harian, sejak 70 tahun lalu.

Malah, hingga kini, Zakaria Awang Noh masih lagi mengayuh basikal sejauh 30 kilometer (km) setiap hari, untuk mencari kotak kosong dan surat khabar lama sebelum dijual.

Dengan hanya berbasikal, bapa kepada tiga cahaya mata dan lapan cucu itu mampu menanggung keluarga dan dikurniakan kesihatan baik kerana tidak mempunyai sebarang penyakit.

"Mengayuh basikal sudah menjadi rutin harian saya sejak berusia 18 tahun lagi dan aktiviti itu dilakukan sama ada untuk bekerja atau ke mana-mana sahaja yang difikirkan mampu sampai.

"Malah saya menyara keluarga dengan titik peluh saya sendiri menggunakan basikal sebagai satu-satunya kenderaan dan sehingga kini saya tidak pandai menunggang motosikal dan membawa kereta.

"Setiap hari saya akan keluar rumah seawal jam 7 pagi dan mengayuh hampir 30km demi mencari kotak dan surat khabar untuk dijual. Itulah rutin saya dalam tempoh 20 tahun lalu," katanya ketika ditemui di Kampung Gual Periok.

Pada masa sama, Zakaria menyifatkan dia bukan tidak mampu untuk membeli motosikal, tetapi lebih selesa dan sihat dengan berbasikal apabila mampu mengeluarkan peluh setiap hari.

"Alhamdulillah, dengan berbasikal saya tidak menghidap sebarang penyakit walaupun sudah berusia kecuali ada masalah pendengaran.

"Sepanjang berbasikal saya tidak pernah dilanggar atau mengalami kemalangan teruk kecuali terjatuh akibat kecuaian saya sendiri dan saya sentiasa berhati-hati bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

"Malah sejak 70 tahun lalu, hanya lima kali saya menukar basikal akibat rosak. Ada antara basikal saya yang digunakan selama lebih 20 tahun tetapi masih boleh dikayuh untuk bekerja.

"Mungkin kualiti basikal dahulu lebih baik berbanding sekarang sehingga lebih bertahan lama. Saya akan terus berbasikal selagi diberi kesihatan dan kekuatan untuk mengayuh," katanya.

Berita Harian X