Rabu, 5 April 2017 | 8:02pm

Harga minyak naik minggu kedua

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan kenaikan harga runcit petrol RON97 dan RON95 pada minggu kedua.

Harga runcit petrol RON97 ditetapkan naik 2 sen kepada RM2.43 seliter dan RON95 naik 3 sen kepada RM2.16 seliter.

Sementara itu, diesel pula turun 3 sen kepada RM2.08 seliter.

Harga baru ini berkuatkuasa jam 12.01 malam ini dan berakhir 12 April.

Berita Harian X