Sabtu, 29 April 2017 | 9:42am

Bekas ADUN Balung meninggal dunia

ALLAHYARHAM Datuk Abdul Manan Jakasa.
ALLAHYARHAM Datuk Abdul Manan Jakasa.

TAWAU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Datuk Abdul Manan Jakasa, meninggal dunia di Hospital Tawau di sini, pagi tadi.

Allahyarham, 72, menghembuskan nafas terakhir di sisi anak-anak dan ahli keluarga pada jam 6.24 pagi.

Anak lelakinya, Azman, 44, ketika ditemui BH di kediamannya di sini, berkata sebelum ini bapanya yang mempunyai penyakit darah tinggi dan angin ahmar dimasukkan ke hospital sejak 24 April lalu.

"Selain itu, arwah bapa pada April tahun lalu pernah menerima rawatan akibat komplikasi jantung dan sejak beberapa hari lalu tahap kesihatannya semakin merosot," katanya.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Payung, di sini, selepas solat Zohor.

Allahyarham pernah menjadi ADUN Balung selama dua penggal pada tahun 1990-an.

AHLI keluarga dan sanak saudara berkumpul di kediaman Allahyarham Datuk Abdul Manan Jakasa di Kampung Batu Payung, Tawau. - Foto Abdul Rahemang Taiming
AHLI keluarga dan sanak saudara berkumpul di kediaman Allahyarham Datuk Abdul Manan Jakasa di Kampung Batu Payung, Tawau. - Foto Abdul Rahemang Taiming

Berita Harian X