Ahad, 28 Mei 2017 | 7:00am

Sunsilk Hijab tawar hadiah menarik

SYAMPU terbaru Sunsilk Hijab Recharge.
SYAMPU terbaru Sunsilk Hijab Recharge.

KUALA LUMPUR: Pelbagai hadiah menarik menanti pengunjung yang membeli syampu terbaharu, Sunsilk Hijab Recharge sepanjang berlangsungnya Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH '17), di Pusat Konvensyen Shah Alam, pada 2 hingga 4 Jun ini.

Antaranya termasuk pemberian minyak wangi edisi terhad, Sunsilk Perfume Hijab, secara percuma bagi setiap pembelian syampu terbaharu, Sunsilk itu, yang bernilai RM25 ke atas.

Pengurus Jenama Kumpulan Perniagaan Penjagaan Peribadi & Rumah Unilever (M) Holdings Sdn Bhd, Siti Suhaila Abd Hamid, berkata pengunjung juga bakal menerima tiga lagi hadiah istimewa apabila membeli syampu itu pada nilai yang sama, ketika sesi happy hour di fiesta berkenaan.

"Semua hadiah menarik dengan setiap pembelian Sunsilk Hijab Recharge itu hanya ditawarkan khusus kepada pengunjung ketika berlangsungnya edisi ketiga FMBH '17 berkenaan.

"Tawaran ini tidak akan didapati di tempat lain walaupun mereka turut membeli produk Sunsilk berkenaan pada nilai yang sama," katanya kepada BH.

SITI Suhaila Abd Hamid. - Foto Saifullizan Tamadi
SITI Suhaila Abd Hamid. - Foto Saifullizan Tamadi

Rambut harum berpanjangan

Berkongsi keistimewaan produk terbaharu Sunsilk untuk wanita berhijab ini, Siti Suhaila berkata, Sunsilk Hijab Recharge menggunakan teknologi terbaharu iaitu fragrance release pearl yang memberi kesegaran dan keharuman rambut yang berpanjangan sehingga 48 jam.

Katanya, Sunsilk Hijab Recharge adalah produk pertama di pasaran tempatan yang menggunakan teknologi berkenaan.

"Menerusi teknologi ini ia bertindak menerusi geseran untuk menghasilkan haruman yang tersimpan dan terus kekal dalam rambut. Lebih banyak geseran antara tudung dan rambut, lebih kuat wangian akan dihasilkan," katanya.

Tiga rangkaian Sunsilk Hijab Recharge untuk penjagaan rambut wanita berhijab berkenaan adalah syampu segar berhijab, antirambut gugur dan antikelemumur yang menggunakan ramuan semula jadi seperti pati buah tin, ekstrak akar ginseng serta pati buah sitrus.

Sementara itu, Sunsilk antara penaja FMBH '17 dan penyertaannya dalam acara ini sejak edisi pertama pada 2014 di Zebra Square, Kuala Lumpur dan kali kedua, di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, 2015.

Info
Sunsilk Hijab Recharge

  • Direka khusus untuk wanita bertudung
  • Ada tiga rangkaian produk berharga RM3.80 (70ml), RM8.50 (60ml) dan RM13.85 (320ml)
Berita Harian X