Sabtu, 3 Jun 2017 | 8:40pm

Sultan Selangor sampaikan sumbangan Ramadan

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf dan fakir miskin pada Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor bersama rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati, Hulu Kelang. - Foto Aizuddin Saad

GOMBAK : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah serta Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat khususnya penduduk sekitar Gombak.

Majlis berbuka puasa itu yang berlangsung di perkarangan Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati di sini, turut dihadiri kira-kira 1,000 hadirin termasuk komuniti masjid.

Pada majlis itu, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada 449 penerima terdiri daripada golongan fakir miskin dan mualaf.

Turut sama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Baginda juga menunaikan solat Maghrib dan Isyak di masjid itu, seterusnya bersama jemaah lain menunaikan solat Terawih.

Berita Harian X